Perak Hari Ini

Penduduk Setempat Akan Diberikan Pas Tahunan Percuma Ke Ulu Kenas

IPOH – Penduduk setempat yang sering menggunakan kemudahan Hutan Lipur Ulu Kenas untuk beriadah akan diberikan pas tahunan secara percuma yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata perkara itu telah diputuskan oleh kerajaan negeri dengan mengambil kira kepentingan dan penglibatan masyarakat setempat selama ini.

Ujarnya sehingga kini tiket bayaran masuk ke Hutan Lipur Ulu Kenas masih mengikut kadar bayaran tertentu.

“Terdapat beberapa kadar bayaran seperti berikut: 6 tahun dan ke bawah, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah percuma; 7 hingga 17 tahun adalah RM1 dan 18 hingga 59 tahun adalah RM2,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2021 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Selain itu, Saarani turut menyambut baik cadangan mempromosikan keunikan tempat, budaya dan makanan popular di negeri ini menerusi program ‘Moh Kenei Perak’.

“Yang Berhormat Lubok Merbau memohon supaya Belanjawan yang diumumkan dapat mengembalikan semula Negeri Perak sebagai tempat tumpuan pelancongan domestik.

Program Moh Kenei Perak dicadangkan untuk dibuat dalam pelbagai bahasa, Justeru, kerajaan negeri menyambut baik cadangan untuk menggunakan pelbagai bahasa dalam program-program seumpama itu di masa akan datang.,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");