Perak Hari Ini

Penubuhan Kerajaan Negeri Perlu Ambil Kepentingan Rakyat – Saarani

IPOH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad menzahirkan penghargaaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atas khidmatnya sebagai Menteri Besar bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Perak.

Katanya, mesyuarat berkenaan juga mengambil ketetapan bahawa apa jua keputusan parti berhubung penubuhan kerajaan negeri.

“Penubuhan kerajaan negeri perlu mengambil kira kepentingan rakyat termasuk situasi negeara yang sedang berdepan pendemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak mengadakan mesyuarat malam tadi bagi membincangkan perkembangan senario politik negeri Perak.

Hari ini Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan perletakan jawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Kepada Sultan Perak, Kolonel (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor mengesahkan perkara tersebut susulan surat perletakan jawatan Menteri Besar dipersembahkan kepada Baginda petang semalam.

Ia susulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkenaan gagal melepasi usul undi percaya terhadap kepemimpinannya yang dikemukakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada Jumaat.

Untuk rekod, DUN Perak mempunyai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membabitkan 25 kerusi Barisan Nasional (BN) yang semuanya UMNO, Pakatan Harapan (PH) membabitkan DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR menguasai 24 kerusi; Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memiliki lima kerusi; PAS (3) dan masing-masing seorang ADUN Gerakan serta Bebas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");