Perak Hari Ini

Perak Guna Pendekatan ‘Smart Island’ Bangunkan Pulau Pangkor

IPOH: Kerajaan Perak akan menggunakan pendekatan ‘smart Island’ bagi membangunkan Pulau Pangkor melalui pengurusan sumber alam yang efektif serta berkesan dalam mengawal pencemaran.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, ia selari dengan pengiktirafan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai bermula pada 1 Januari tahun ini.

“Kerajaan negeri mengharapkan pembangunan yang seiring dengan pertambahan kemasukan pengunjung, faktor alam semula jadi dan keindahan pulau akan sentiasa terpelihara.

“Justeru, Kerajaan negeri akan menjadikan cabaran ini sebagai salah satu pendekatan untuk membangunkan Pulau Pangkor sebagai “’smart island’, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan Belanjawan Negeri 2021 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Selain itu Saarani berkata, kerajaan negeri juga berhasrat menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau yang bebas dengan kenderaan berasaskan petroleum dengan menggantikannya dengan kenderaan elektrik yang menggunakan teknologi hijau.

Selain itu ujarnya, seiring dengan pengiktirafan sama, fokus utama kerajaan negeri ketika ini adalah untuk membangunkan sebuah kompleks jeti yang lebih selesa untuk menampung jumlah pengunjung yang semakin bertambah.

“Sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan kerja-kerja awalan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");