Perak Hari Ini

Perak Peruntukan RM 99.6 juta Untuk Syiar Islam

IPOH –  Sejumlah RM 99.6 juta diperuntukkan dalam usaha meningkatkan dan memperkasakan perkembangan syiar Islam di Perak, kata Menteri Besar , Datuk Saarani Mohamad.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak RM 10.0 juta dikhususkan bagi peruntukan masjid dan surau, RM 69.7 juta untuk Jabatan Agama Islam, RM 2.0 juta untuk belanja pembangunan, RM 3.8 juta Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Syariah RM 12.2 juta dan Jabatan Pendakwaan Syariah RM 1.9 juta.

Jelas Saarani peruntukan bagi masjid dan surau membabitkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian permaidani.

“Saban tahun peruntukan ini dibelanjakan bagi pelaksanaan bina baru dan naik taraf masjid serta surau yang meliputi kerja-kerja pembaikan dan penggantian permaidani.

“Bermula tahun hadapan kerajaan negeri memfokuskan peruntukan ini untuk program mengimarahkan masjid dan surau merangkumi program ibadah dan akidah, kebajikan dan komuniti, keilmuan dan pendidikan, ekonomi dan kewangan serta dakwah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2021 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Selain itu, katanya kerajaan negeri turut memperakukan kerja-kerja awalan beberapa projek bina baru masjid seperti di daerah Larut, Matang dan Selama, Batang Padang, Kerian dan juga naik taraf Masjid Sultan Idris Shah yang berjumlah RM43.5 juta.

Jelasnya lagi, perbelanjaan pembangunan sebanyak RM 2.0 juta itu juga meliputi perbelanjaan penyelenggaraan masjid-masjid utama negeri sebanyak RM1.2 juta, aktiviti dakwah dan penguatkuasaan (RM0.4 juta) serta pelbagai program dan aktiviti keagamaan (RM0.4 juta).

Tambah Saarani, urusan kehakiman syariah di Perak berada di landasan yang betul apabila dijadikan penanda aras perubahan struktur mahkamah syariah seluruh Malaysia.

“Melalui data terkini, dicatatkan bahawa prestasi penyelesaian kes semasa mencecah 81 peratus manakala 72 peratus kes tunggakan dapat diselesaikan.

“Penyelesaian kes yang segera dapat membantu pihak-pihak berkaitan meneruskan kehidupan setelah menerima keputusan mahkamah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");