Perak Hari Ini

Perak Tanam Lebih 1.3 Juta Pokok

IPOH – Kerajaan Perak telah menanam lebih 1.3 juta pokok di seluruh negeri dalam tempoh Januari sehingga November tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata usaha itu merupakan sebahagian projek yang dilaksanakan menerusi inisiatif ‘GreenPrint’ negeri.

“Dari Januari hingga November, lebih 1.3 juta pokok telah ditanam di seluruh negeri melalui pelaksanaan beberapa program antaranya Inisiatif Penanaman Pokok oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Program My Healthy Garden yang dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Negeri Perak 2021 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Selain itu tambah Saarani, kerajaan negeri turut menggalakkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di peringkat awal.

Justeru ujarnya kerajaan negeri memperkenalkan pemberian RM500 kepada Kelab Alam Sekitar di sekolah dan RM3,000 kepada kelab yang sama di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Insentif ini adalah bertujuan bagi membolehkan setiap sekolah dan IPT yang terlibat untuk merancang serta melaksanakan projek atau program bersesuaian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, menyentuh tentang Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), Menteri Besar berkata kerajaan negeri sedang memperhalusi Pelan Pembangunan Perindustrian Negeri Perak (P3) yang sedang dirangka melalui InvestPerak.

Katanya pelan itu antara lain bertujuan bagi menjadikan Perak sebagai salah satu lokasi pelaburan terbaik melalui penetapan strategi dan polisi yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi IR4.0.

“Di peringkat persekutuan pula, Dasar Industri Forward (4WRD) merupakan satu dasar negara untuk transformasi sektor pembuatan dan perkhidmatan bagi tempoh 2018 hingga 2025 yang menerapkan teknologi IR4.0,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");