Perak Hari Ini

Perkhidmatan Bas RM1 Akan Diperluaskan Ke Batang Padang Dan Kuala Kangsar

IPOH –  Perak akan memperluaskan perkhidmatan bas henti-henti dengan kadar bayaran RM1 ke Daerah Batang Padang dan Kuala Kangsar mulai tahun hadapan.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2.0 juta bagi inisiatif tersebut.

“Dua daerah ini dipilih memandangkan terdapat keperluan yang tinggi dari kalangan masyarakat Orang Asli untuk perkhidmatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2021 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Terdahulu katanya kerajaan negeri telah memperkenalkan perkhidmatan bas henti-henti itu di Daerah Manjung sejak tahun 2019.

Sebelum ini pada Julai, Exco Kerajaan Negeri terdahulu, Datuk Mohd Zolkafly Harun dilaporkan mengumumkan kerajaan negeri mahu memperluaskan perkhidmatan bas itu ke dua daerah berkenaan.

Menurutnya, jika perkhidmatan Bas Rakyat RM1 itu dilaksanakan di Daerah Batang Padang dan Kuala Kangsar di dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 40,000 penduduk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");