Berita Hari Ini

Permaisuri Agong Murka, Gesa Tindakan Terhadap Individu Hina Agong

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong murka terhadap beberapa hantaran foto di media sosial yang menghina wajah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

ProjekMM melaporkan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Instagram memuat naik tiga tangkapan layar foto Al-Sultan Abdullah yang telah disunting oleh ‘bukan_bangjago’ dan menggesa pemilik akaun itu dikenakan tindakan.

Namun baginda dalam catatan sempat bergurau kepada suaminya foto itu kelihatan “comel dan seksi”.

“Beta menunjukkan hantaran kepada suami dan memberitahunya… “tuanku kelihatan comel dan seksi.

“Gara-gara orang tiada kerja, buat cari dosa sahaja.

“Kepada Allah berserah. Sila ambil tindakan,” catat Tunku Azizah di Instagram hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");