Perak Hari Ini

Persidangan DUN Perak Tangguh Rabu Depan

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sepatutnya bersambung hari ini ditangguhkan pada Rabu hadapan jam 2.30 petang.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid membuat keputusan itu selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan di sini, sebentar tadi.

“Memandangkan Rang Undang-udang Perbekalan 2021 ke dalam dewan tidak dapat diteruskan, berdasarkan Undang-undang Tubuh Negeri Perak Perkara 38 (2) dan berdasarkan kedudukan semasa, maka persidangan ini ditempohkan pada 16 Disember 2020, jam 2.30 petang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata bagi soalan-soalan lisan kesemua Ahli Dewan yang telah dikemukakan pada hari pertama persidangan iaitu pada Jumaat lalu dan hari ini, ianya akan dijawab secara jawatan bertulis.

Jelas beliau ia selaras dengan Perkara 22 (3) dalam Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak.

Untuk rekod, setakat ini tiada mana-mana Ahli Dewan yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Persidangan DUN Perak sepatutnya berlangsung selama lima hari bermula Jumaat lalu dan bersambung hari ini yang dimulai dengan pembentangan Belanjawan Perak 2021.

Namun susulan usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal, Mohamad Zahir membuat keputusan menangguhkan persidangan sehingga hari ini.

Pada Jumaat lalu, pengundian usul ‘Undi Percaya’ terhadap kepemimpinan Ahmad Faizal yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO, hanya meraih 10 sokongan, berbanding 48 yang menolak, mana kala satu undi rosak.

ADUN daripada UMNO yang mencadang serta menyokong pembentangan usul terbabit dalam DUN Perak, turut mengundi menolak usul berkenaan.

Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang, kemudiannya mempersembahkan surat peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar dan juga barisan Exco kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");