IPOH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menolak usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang akan dibahaskan dalam persidangan dewan undangan negeri (DUN) Perak.
Naib Pengerusi PKR Perak, Tan Kar Hing berkata, perkara berkenaan telah diputuskan pada satu mesyuarat parti itu baru-baru ini.
“Ini adalah usul yang dibawa oleh wakil rakyat kerajaan (Perikatan Nasional) sendiri dan kita tidak tahu jika ada agenda tersembunyi samada menunjukkan sokongan atau sebaliknya.
“Pendirian kami ialah jika usul itu dibahaskan dalam Dewan Undangan Negeri, kami tidak akan menyokong usul itu dan kami tidak menyokong Menteri Besar,” katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR negeri Perak.
Terdahulu, Abd. Manaf berkata, Ahmad Faizal mendapat sokongan mencukupi majoriti anggota dewan, maka beliau mengajukan usul keyakinan terhadap Ahmad Faizal dalam surat kepada speaker DUN Perak pada 18 November.
Menurut Speaker DUN Perak, Mohamd Zahir Abdul Khalid mengesahkan perkara berkenaan dan usul itu dimasukkan ke dalam agenda mesyuarat dan akan dibahaskan kerana memenuhi syarat.