Berita Hari Ini

Polis tahan kontraktor lakukan khianat terhadap surau

Seorang kontraktor lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan khianat dengan membuang beduk (gendang) dan mengoyakkan helaian al-Quran serta Muqaddam sebelum dibuang ke dalam parit berdekatan Surau Al-Rahman, Simpang 3, Kuala Kurau, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mazuki Mat berkata suspek yang dikenali sebagai ‘Mie’ berusia 43 tahun itu berjaya ditahan pada hari sama selepas seorang penduduk membuat laporan di Balai Polis Kuala Kurau.

Mazuki berkata penduduk kampung menemukan peralatan surau seperti beduk, tikar, al-Quran dan Muqaddam di dalam parit berhampiran Surau Al-Rahman pada kira-kira jam 7.30 pagi.

“Pemeriksaan mendapati kulit beduk telah ditoreh dan dikoyakkan selain terdapat kesan racun dituang di kawasan parit sehingga menyebabkan beberapa ekor ikan mati.X

“Selain peralatan surau, penduduk turut menemukan pelan rumah dan peralatan pertukangan berkaitan kontraktor perumahan dipercayai milik seorang penduduk di sini,” katanya ketika dihubungi di Parit Buntar hari ini.

Mazuki berkata berdasarkan maklumat dan siasatan awal daripada isteri suspek, lelaki itu dikatakan mempunyai masalah mental serta masih dalam rawatan dan sering berhalusinasi.

“Suspek mendakwa melakukan perkara itu bagi mengelakkan bencana alam berlaku sekiranya barangan itu tidak dibuang ke dalam parit, namun polis masih menjalankan siasatan,” katanya.

Beliau berkata suspek direman selama tiga hari mulai hari ini hingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");