Perak Hari Ini

Presiden Pas Dapat Perkenan Menghadap Sultan Perak Esok

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan untuk menerima menghadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi bakal menghadap Sultan Nazrin pada pukul 11 pagi esok, di Istana Kinta, Ipoh.

Terdahulu, Abdul Hadi mengutus surat memohon bagi menghadap Sultan Perak, pada 10 Disember berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu tidak menghadap sebagaimana telah dititahkan oleh Baginda ketika kemelut politik Perak pada Selasa lali.

Tiga ADUN Pas berkenaan adalah ADUN Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria, ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin dan ADUN Kubu Gajah, Mohd Khalil Yahaya.

Razman yang mengulas tindakan mereka berkata, keputusan berkenaan diambil atas arahan pucuk kepemimpinan parti.

Tiga ADUN Pas berkenaan menzahirkan permohonan maaf kepada Sultan Perak atas kekhilafan mereka kerana tidak menghadap sebagaimana dititahkan baginda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");