Berita Hari Ini

RM6.8 Juta Naik Taraf e-Kasih, Kumpul Data Lebih Tepat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menambah baik sistem e-Kasih dengan penggunaan teknologi baharu bagi mendapatkan data rakyat yang tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar dengan lebih tepat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bernama melaporkan Perdana Menteri berkata sebanyak RM6.8 juta akan diperuntukkan untuk menaik taraf sistem pangkalan data e-Kasih pada tahun depan.

“Saya sedar sistem (e-Kasih) lama ini tidak berapa berkesan, sebab itu langkah-langkah untuk memperkemaskan dengan penggunaan teknologi baharu supaya data-data itu mestilah lebih tepat. Usaha dibuat untuk tentukan supaya kaedah baharu akan digunakan atas nama e-Kasih juga, tapi tidak seperti e-Kasih yang lama.

“Saya percaya bila kita laksanakan ini maka segala maklumat terperinci seluruh kawasan di negara ini baik di bandar dan luar bandar dapat kita kumpulkan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Bersatu-Tambun) di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Faizal ingin tahu sama ada kerajaan akan membangunkan satu sistem yang lebih realistik dan ‘reliable’ selain sistem e-Kasih untuk tujuan rujukan dan agihan bantuan kepada golongan yang amat memerlukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");