Perak Hari Ini

“Saya Sudah Cuba Lakukan Yang Terbaik” – Ahmad Faizal Letak Jawatan MB Perak

IPOH – Datuk Seri Ahmad Faizal meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuat kuasa hari ini selari dengan kegagalan usul undi percaya terhadapnya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu berkata beliau telah menyembah maklumkan mengenai peletakan jawatannya kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam pertemuan di Istana Kinta di sini, pada jam 3 petang tadi. 

“Saya telah pun menyembah maklum surat perletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar kepada Sultan Perak dan Pejabat Baginda akan tentukan kemudian susulan keputusan saya itu. 

“Selain itu, mengikut perlembagaan apabila seorang Menteri Besar letak jawatan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga telah gugur daripada jawatan,” katanya dengan nada sebak dalam satu sidang media di Laman Darul Ridzuan, di sini, hari ini. 

Semalam, Sultan Nazrin turut berkenaan menerima menghadap Ahmad Faizal dan Speaker Dewan DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Pertemuan itu berikutan keputusan usul undi percaya yang dibahaskan dalam Persidangan Dewan Negeri Perak semalam.

Usul yang dikemukakan kepada Menteri Besar itu tidak memihak kepada Ahmad Faizal apabila menyaksikan hanya 10 undi menyokong, 48 undi menolak manakala satu undi rosak.

Ahmad Faizal telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak Ke-13 pada 13 Mac lalu susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini yang dipimpinnya selepas Pilihan Raya Umum ke-14, tumbang.

Dalam pada itu Ahmad Faizal mengucapkan penghargaannya kepada isteri, ahli keluarga, rakan, penyokong serta ahli-ahli parti yang bersama-sama denganya selama menjadi Menteri Besar. 

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim  dan semua anggota agensi serta pentadbiran kerajaan atas kerjasama yang diberikan. 

“Bagi pihak seluruh pentadbiran Kerajaan Negeri yang saya pimpin, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan ataupun setiap satu perkara yang tidak disenangi. 

“Saya telah cuba melakukan yang terbaik dan sebagai manusia biasa yang tidak sempurna dan tentu ada berlaku salah dan silap. Ampun dan maaf dari saya,” katanya lagi. 

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN) 25, BERSATU 5, Pas 3, DAP 16, PKR 3, Amanah 5 dan masing-masing satu kerusi milik Gerakan dan Bebas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");