Perak Hari Ini

Sivasubramaniam Pertikai Tiada Tindakan Atas Nga Kor Ming

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, Sivasubramaniam pertikai ketua polis negara dan peguam negara mengapa masih tiada siasatan dan tindakan ke atas Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, berhubung laporan polis yang telah dibuat.

Sivasubramaniam berkata, Nga Kor Ming sentiasa memainkan sentimen perkauman dengan mengeluarkan kata kesat sehingga melukakan sesebuah bangsa di negara.

“Kenapa masih tiada tindakan yang dikenakan atasnya sedangkan laporan telah dibuat begitu lama.

“Jadi, saya ingin minta penjelasan daripada ketua polis negera dan peguam negara mengenai laporan ini,” katanya dalan satu sidamg media.

Pada masa sama, ADUN Buntong itu berkata, Nga Kor Ming adalah pembohong dan pengkhianat rakyat yang sebenar kerana tidak menunaikan janji kepada rakyat sejak Pilihan Raya Umum Ke 14.

Katanya, ini adalah sebab mengapa beliau menarik diri daripada parti DAP bagi Memastikan segala pembangunan yang dirancang di kawasannya dapat diteruskan demi kebajikan dan kepentingan rakyat.

“Kesemua apa yang dijanjikan beliau tidak pernah ditunaikan seperti tol percuma, perkhidmatan bas percuma, wifi percuma, cukai taksiran percuma dan pelbagai lagi.

“Saya mahu rakyat di kawasan Buntong buka mata dan perhatikan apa yang telah dijanjikannya ditunaikan ataupun tidak,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");