Berita Hari Ini

Stadium Guna Nama Pegawai Daerah?

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah akan meminta penjelasan daripada Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) berhubung penggunaan nama pegawai daerahnya pada sebuah stadium mini di Kuala Nerang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Mohd. Firdaus Ahmad berkata, kerajaan negeri akan mendengar penjelasan MDPT terlebih dahulu berhubung isu tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kerajaan negeri tidak terlibat dalam perkara seperti meletakkan nama stadium atau jalan sempena nama individu tertentu di kawasan bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Memandangkan perkara ini sudah menjadi isu kerana didakwa menggunakan nama pegawai daerahnya, kita akan panggil PBT itu untuk penjelasan. Mereka mungkin mempunyai alasan tertentu, ” katanya sebagaimana dilaporkan Kosmo Online.

Beliau mengulas tentang isu yang tular di media sosial pada ketika ini iaitu sebuah stadium mini di Padang Terap yang didakwa menggunakan nama pegawai daerah kawasan itu secara terbalik sekali gus dipersoalkan oleh netizen.

Carian mendapati Stadium Mini Ffira Mikah Kuala Nerang yang dimiliki MDPT itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah, Hakim Ariff Md. Nor pada 7 Disember lepas selepas ia dinaik taraf

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");