Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Terima Menghadap Tiga Pemimpin PH Perak

IPOH – Tiga pengerusi parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) Perak tiba di pekarangan Istana Kinta tadi untuk menghadap sembah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berhubung situasi terkini politik di negeri ini.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Datuk Asmuni Awi tiba berasingan dengan menaiki kenderaan masing-masing.

Kor Ming yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong tiba lebih awal pada jam 10.40 pagi disusuli Farhash Wafa.

Beberapa minit kemudian disusuli dengan kenderaan yang membawa Asmuni iaitu ADUN Manjoi masuk ke dalam pekarangan istana.

Kesemua mereka kemudiannya dilihat keluar dari Istana Kinta sekitar jam 11.35 pagi.

Semalam, Sultan Nazrin turut berkenaan menerima menghadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.


Pertemuan itu berikutan keputusan usul undi percaya yang dibahaskan dalam Persidangan Dewan Negeri Perak semalam.

Usul yang dikemukakan keoada Menteri Besar Perak itu tidak memihak kepada Ahmad Faizal apabila menyaksikan hanya 10 undi menyokong, 48 undi menolak manakala satu undi rosak.

Perak mempunyai 59 ADUN yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN) 25, Bersatu 5, Pas 3, DAP 16, PKR 3, Amanah 5 dan masing-masing satu kerusi milik Gerakan dan Bebas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");