Perak Hari Ini

Sultan Perak Kunjungi Petugas Media

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat meninjau petugas media yang bertugas di Dewan Jubli Perak di sini, bersempena dengan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Besar hari ini.

Baginda berangkat tiba sekitar jam 3.45 petang tadi dan turut beramah mesra bersama pengamal media yang bertugas sepanjang istiadat perlantikan berlangsung.

Baginda turut berkenan meninjau kemudahan yang disediakan di pusat media berkenaan selama hampir 30 minit.

Seramai 50 petugas media daripada 20 agensi akan menggunakan Dewan Jubli Perak berkenaan sebagai pengamal media berkumpul bagi untuk membuat liputan perlantikan Menteri Besar Perak pada hari ini.

Terdahulu, Baginda berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak ke 14 di Istana Baginda, Istana Iskandariah, hari ini.

Kemudian Sultan Nazrin turut berkenan menerima perlantikan lima ADUN bagi mengisi jawatan Exco Kerajaan Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");