Perak Hari Ini

Tak Wujud Tawaran EXCO Perak Pada AMANAH, PKR – Saarani

LENGGONG – Tidak wujud tawaran jawatan Exco Kerajaan Perak terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Keadilan Rakyat (PRK), kata Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Saarani Mohamad.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata walaupun di peringkat awal pembentukan kerajaan, UMNO ada mengadakan perbincangan dengan semua parti termasuk dari gabungan Pakatan Harapan (PH), namun tiada sebarang janji ataupun tawaran jawatan Exco dibuat.

“UMNO tidak ada buat apa-apa tawaran atau perjanjian. Sebab semua parti datang berbincang. Kita berbincang dengan PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, AMANAH dan DAP.

“Kerana pada kita ketika itu kita harus menubuhkan kerajaan untuk meluluskan bajet negeri dan buat kebajikan untuk rakyat. Tidak boleh ada kerajaan tergantung.

“Semua parti faham pada masa itu untuk kita tubuhkan kerajaan. Menubuhkan kerajaan dengan siapa, itu bergantung pada persefahaman. Dan kini terbukti kita kembali bersama antara UMNO, PAS dan BERSATU,” katanya selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Menteri Besar di Dewan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Lenggong, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta Ahli Parlimen Lenggong merangkap Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1607774598208″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Semalam media melaporkan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mendakwa UMNO Negeri sebelum ini ada menawarkan jawatan Exco Kerajaan Negeri kepada AMANAH dan PKR sekiranya dua parti tersebut sedia membentuk kerajaan bersama.

Kor Ming berkata, tawaran tanpa DAP itu dibuat bagi membentuk kerajaan bersama selepas BERSATU dan PAS tidak memberikan sebarang kata putus.

Dalam pada itu, Saarani berkata beliau mahu memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak yang baharu dengan memberi penumpuan terhadap soal kebajikan rakyat. 

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1607774617258″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Katanya beliau tidak mahu memberi perhatian kepada dakwaan penyelewengan yang dilakukan pentadbiran terdahulu sebaliknya menyerahkan ia kepada pihak berkuasa. 

“Saya tidak mahu memulakan tugas saya dengan menyakitkan hati sesiapa. Saya bersangka baik. 

“Sekiranya wujud salah laku yang dilakukan oleh sesiapa pun termasuk saya, kita serahkan kepada pihak berkuasa seperti Suruhajaya Pencegahan Rasuah (SPRM),” jelas beliau. 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");