Berita Hari Ini

Telekomunikasi Penting Untuk Kejayaan Ekonomi Gig – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Telekomunikasi memainkan peranan penting dalam menjayakan ekonomi gig, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, kemampuan sistem komunikasi negara yang amat baik telah membolehkan Malaysia memanfaatkan ekonomi berbentuk baharu ini secara lebih awal.

“Infrastruktur internet merupakan salah satu faktor utama yang akan mencorakkan bagaimana kita akan menerima ekonomi gig ini… bagi saya, ekonomi gig adalah keupayaan untuk berkomunikasi, tanpa keupayaan anda tidak akan dapat menguasai sistem ekonomi ini.

“Anda boleh melakukan banyak perkara dengan teknologi telekomunikasi yang baik… apabila anda mempunyai kemudahan ini untuk berkomunikasi, ia akan membolehkan anda menerima pengalaman bagi melihat orang yang anda sedang berhubung, anda boleh mempunyai perbualan, persidangan atau mengambil bahagian dalam ekonomi gig ini,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Dr Mahathir yang bercakap pada Persidangan Maya SEA Connect Creative 2020 – The Gig Revolution anjuran Creative Cloud Community, bagi berkongsi wawasan dan bagaimana untuk menerima ekonomi gig,

Katanya,rakyat Malaysia dari semua peringkat umur perlu memanfaatkan peluang yang dipacu oleh ekonomi gig.

“Dengan ekonomi gig, mereka yang tidak mempunyai kapasiti untuk menceburi perniagaan baharu boleh menggunakan platform ekonomi baharu ini bagi tujuan menjual produk terus dari halaman rumah mereka sendiri.

”Malah menerusi ekonomi gig ini juga, individu terutama mereka yang menganggur boleh mengadakan sumber pendapatan sekunder termasuk sebagai pemandu e-panggilan atau penghantar makanan,” katanya sambil menasihatkan kerajaan agar mengambil pendekatan yang lebih mesra kepada pekerja ekonomi gig memandangkan pengenalan dasar yang ketat akan merencatkan pertumbuhan industri tersebut. 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");