Berita Hari Ini

Tiada masalah dengan bekalan vaksin tahun depan – KJ

Kerajaan yakin permasalahan rantaian bekalan vaksin yang dialami syarikat farmaseutikal, Pfizer ketika ini tidak memberi kesan kepada perolehan vaksin Covid-19 untuk Malaysia.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, masalah berkenaan hanya memberi kesan kepada proses penyediaan bekalan kepada negara berkaitan bagi tahun ini.    

Jelas beliau, berdasarkan kontrak yang ditandatangani sebelum ini, Malaysia sepatutnya mendapat bekalan vaksin daripada Pfizer dan BioNTech sebanyak 20 peratus pada suku pertama tahun 2021.

“Kita telah dimaklumkan masalah ini tidak akan beri kesan kepada operasi tahun depan untuk Malaysia. Seandainya berlaku kita ambil pendekatan bekalan portfolio vaksin diperoleh daripada pelbagai syarikat.

“Ini bagi memastikan matlamat untuk mendapat bekalan vaksin yang mencukupi, kalau hanya daripada satu syarikat, ada risiko tidak dapat vaksin yang mencukupi,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Mohamed Fadzil (PKR) kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tentang status terkini penyediaan vaksin Covid-19 bagi Malaysia serta bilakah dijangka mula diberikan kepada rakyat.

Dalam pada itu kata Khairy, Malaysia juga telah meletakan sasaran sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan populasi negara bagi pembentukan imuniti kelompok bawah Pelan Imunisasi Kebangsaan bagi Covid-19.

Jelasnya, Malaysia telah menandatangani dua perjanjian yang memberi jaminan bekalan vaksin sebanyak 30 peratus daripada jumlah populasi negara.

“Suka ditegaskan kerajaan tidak berkompromi dalam soal keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin, keputusan akhir bagi penggunaan sesuatu vaksin di Malaysia hanya dibuat selepas proses pendaftaran dan kelulusan Bahagian Regulotori Farmasi Negara (NPRA) bawah KKM,” ujarnya. -MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");