Perak Hari Ini
Like

Tiada Perubahan Belanjawan Perak – Saarani

December 10, 2020
116 Views
0 Comments
1 minute read
Tiada Perubahan Belanjawan Perak – Saarani

KUALA KANGSAR – Tiada Perubahan Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 atau belanjawan Negeri Perak, kata Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Beliau berkata, beliau berpendapat tiada masa bagi meneliti atau mengubah isi kandungan Belanjawan Perak yang sudah dirangka dan dibincangkan.

“Saya faham dan tahu apa yang terkandung dalam buku itu dan ia bermakna kita tidak akan mengubah apa yang terkandung dalam buku itu hanya secara formaliti.

“Insyaallah, kita akan meluluskannya diperingkat exco untuk dibawa dalam sidang dun,” katanya dalam satu sidang media selepas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Ke 14 di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, hari ini.

Pada masa sama, beliau begitu teruja dan terharu dengan titah Sulran Perak, Sultan Muizzuddin Shah yang menyentuh berkaitan dengan kepimpinan negeri.

Katanya, Baginda amat memberi perhatian kepada nasib rakyat jelata yang terjejas akibat pendemik dan sudah tentu Baginda tidak mahu konflik dan kemelut politik memberi kesan kepada rakyat.

“Saya menjungjung kasih dan akan melaksanakan tugas untuk memastikan supaya seluruh lapisan pimpinan akan melaksanakan titah Tuanku dengan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad telah dilantik sebagai Menteri Besar Perak Ke-14 setelah diperkenankan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Comments are closed.