Berita Hari Ini, Perak Hari Ini

Tiga Kali Pelantikan MB, Sesuatu Yang Tidak Dibanggakan – Sultan Perak

KUALA KANGSAR – Perak mencatatkan sejarah selepas mengadakan tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ia perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Negeri sebelum ini.

“Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten bagi membolehkan fikiran serta tenaga harus ditumpukan dalam mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat,” titah Baginda di Istana Iskandariah, di sini, hari ini.

Titah baginda, perkara berkenaan bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan dan ia perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejaya.

Pada masa sama, Baginda bertitah, setiap ahli Dewan Negeri dipilih rakyat kerana rakyat mempercayai pemimpin yang dipilih.

Titah Baginda, rakyat meletakkan harapan bahawa anda akan dapat membantu untuk menambah baik kawasan tempat tinggal mereka, membantu menyediakan pelbagai keperluan.

Terdahulu, Datuk Saarani Mohamad dipilih menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang meletak jawatan bersama seluruh barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) pada 5 Dis lepas setelah gagal mendapat sokongan menerusi usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ pada Jumaat lalu.

DUN Perak mempunyai 59 kerusi dengan UMNO memiliki wakil terbanyak 25 kerusi, diikuti DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");