Berita Hari Ini

Turki Ingin Hubungan Lebih Baik Dengan Israel?

ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan mengatakan bahawa Turki ingin mempunyai hubungan yang lebih baik dengan Israel.

Bagaimanapun, perbincangan di peringkat perisikan masih berterusan antara kedua-dua pihak.

Astro Awani yang memetik Agensi melaporkan kenyataan berkenaan dikeluarkan Ergodan selepas selesai solat Jumaat di Istanbul waktu tempatan. 

Erdogan berkata bahawa Turki mempunyai masalah individu-individu berpangkat tinggi di Israel.

Pada masa sama, beliau menegaskan hubungan antara dua negara boleh jadi sangat berbeza kalau bukan atas perkara berkenaan.

Pada masa sama Erdogan turut bertegas tidak akan menerima dasar Israel ke atas Palestin, yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Turki menrupakan negara majoriti Islam pertama yang mengiktiraf negara Zionis itu pada 1949.

Kedua-dua negara berkenaan mempunyai hubungan yang sangat mesra sehingga Erdogan mula memimpin Turki.

Erdogan antaranya mengecam penjajahan Israel di Tebing Barat serta layanan ke atas warga Palestin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");