Panasnya Hari Ini

UMNO dominan pada PRU-15

“Bagi UMNO, jelas, apapun formula akhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), UMNO mesti dominan.”

Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang berkata, jika tidak terima hakikat itu, “game over” dan “no deal”.

“UMNO sempurna? Tidak. UMNO dah selesai semua isu? Tidak. UMNO dah boleh mendabik dada bahawa rakyat atas pagar pasti sokong kami? Belum. Banyak lagi kerja dan pendekatan yang perlu dibuat. UMNO perasan boleh menang pilihan raya hanya dengan sokongan ahli? Tidak.

“UMNO angkuh bahawa tak perlu orang lain? Tidak. UMNO menafikan dinamika politik memerlukan pertimbangan formula-formula luar kelaziman seperti yang berlaku hari ini? Tidak.

“Tapi tiada pimpinan UMNO atau orang UMNO akan boleh terima kedudukan “second fiddle” lama. Waima yang pro-penyatuan, yang pro-pengharmonian antara parti pun – selagi dia orang UMNO, selagi itu ada garis merah yang tidak akan dikompromi,” katanya lapor UMNO Online

Jelas Shahril, UMNO adalah parti yang ada kekuatan asas paling besar di Malaysia dan kekuatan ini bukan datang dari mana-mana individu semata-mata, tetapi dari institusi itu sendiri.

“Sesiapa yang menafikan perkara ini, bak kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menafikan hakikat politik.

“Jadi, meskipun kita hormat YAB Perdana Menteri dan institusinya, meskipun kita membantu dalam kerajaan hari ini, isu dominan akan timbul, tetap timbul dan tiada istilah apologetik dalam hal ini.

“UMNO mesti dominan. Apa maksud terjemahan dominasi dan apa strategi ke arah itu khususnya dalam konteks PRU15 – pimpinan akan bincang dan tetapkan, selain apa dinyatakan sebelum ini misalnya kerusi yang dimenangi UMNO kekal UMNO.”

Seperkara lagi katanya, jika ada pihak luar UMNO yang berkehendakkan kerjasama yang realistik, selain menerima hakikat tertentu, barangkali boleh hentikan kenyataan-kenyataan yang menyusahkan diri sendiri.

“Mudah bercakap tidak timbul isu dominan apabila parti anda yang pegang dua Perdana Menteri meskipun bilangan kerusi kecil.

“Contoh, jika mahu mengulas soal dapat dua Perdana Menteri meskipun setahun jagung, mungkin ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih kepada kawan, bukan mendabik dada menyakat orang,” tegasnya lagi yang juga Nak Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sebelum itu, dilaporkan Setiausaha PPBM Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah dipetik berkata tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan dalam gabungan politik parti Melayu bagi menghadapi PRU15 nanti dan politik hari ini harus dilihat dari sudut semasa, jangan terikut-ikut kerangka politik lama dahulu.-SM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");