Perak Hari Ini

Umno Gerik Sudah Terima Calon Untuk PRK Gerik

IPOH – Badan Perhubungan Umno Perak telah menerima 11 nama calon sebelum disenarai pendek bagi bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik pada 16 Januari tahun hadapan.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya telah menetapkan tarikh akhir pada 5 petang tadi bagi ahli Umno yang berminat untuk bertanding di kawasan berkenaan.

“Saya telah mengadakan perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gerik pada Jumaat lalu, dan mereka bersetuju dengan nama-nama dalam senarai itu.

“Mereka pun faham hanya satu nama akan dipilih oleh Presiden UMNO dan pihak yang berminat untuk bertanding pada PRK itu boleh menyerah biodata mereka sebelum 5 petang ini,” katanya ketika dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Saarani berkata, pihaknya juga merancang bagi mengadakan majlis pengenalan calon seminggu lebih awal daripada tarikh penamaan calon yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 4 Januari depan.

PRK Gerik diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Hasbullah Osman, 63, pada 16 November lalu akibat serangan jantung.

Pada 27 November lalu, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan PRK Gerik bakal diadakan pada 16 Januari 2021, dengan penamaan dan undi awal diadakan pada 4 Januari serta 12 Januari depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");