Perak Hari Ini

Undi percaya sokong sebulat suara

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebulat suara menyokong usul undi percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Usul berkenaan dibawa oleh Jamilah Zakaria (BN-Trong) di bawah Perintah Tetap 17(1) dan 17(2) Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak.

Berdasarkan perintah tetap itu, beliau mengemukakan bahawa Yang Dipertua Dewan mengguna pakai Perintah Tetap 80(2) yang dibaca bersama Perintah Tetap 13(1), menggantungkan kuat kuasa Perintah Tetap 13(1) (f) dan (g) bagi membolehkan Dewan mengucapkan setinggi tinggi tahniah atas pelantikan Saarani sebagai Menteri Besar.

“Dengan ini menyatakan kepercayaan penuh terhadap kepemimpinan beliau dan berikrar memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya terhadap Saarani bagi menggalas tugas dan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan berkesan,” katanya.

Usul itu kemudian disokong Khairudin Abu Hanipah (BN-Belanja) dan diterima Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid atas kepentingan rakyat.

Ketika undian sokongan dibuat, semua ADUN yang hadir termasuk barisan pembangkang berdiri sebagai tanda menyokong.

ADUN Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga bekas Menteri Besar Perak bagaimanapun tidak hadir pada persidangan semalam.

Semasa membahaskan asas usul berkenaan, Jamilah memberitahu Sidang Dewan bahawa undi percaya berkenaan penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi Dewan.

“Di sinilah masanya untuk kita mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi Dewan seterusnya dapat meneruskan Belanjawan 2021 supaya dapat diluluskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");