Berita Hari Ini

Wanita Orang Asli Maut Dicekik Suami Di Gua Musang

KOTA BHARU – Seorang wanita Orang Asli ditemukan mati selepas dipercayai dicekik suaminya dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Kampung Liak, dekat Pos Brooke, Gua Musang, pada Isnin.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat, ketika dihubungi, berkata sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bergegas ke lokasi kejadian yang terletak dekat dengan Tanah Tinggi Lojing, sejurus mendapat maklumat daripada adik mangsa.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa berusia 38 tahun bersama suaminya berada di rumah mereka yang terletak di kawasan pedalaman kampung itu.

“Siasatan awal polis mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan suaminya menyebabkan lelaki itu mencekik isterinya dan mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Menurut Shafien, polis telah menahan suami mangsa berusia 40 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");