Membawang Hari Ini
Like

“Ada Ke Mana-Mana Surah Al-Quran Kata Baju Kurung Milik Wanita?”

January 26, 2021
164 Views
0 Comments
2 minutes read
“Ada Ke Mana-Mana Surah Al-Quran Kata Baju Kurung Milik Wanita?”

Umum mengetahui, baru-baru ini pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Nur Sajat ditahan dan disiasat mengikut undang-undang susulan beberapa laporan yang diterima.

Bagaimanapun, satu perkongsian Sajat di Instagram menjadi perhatian ramai apabila Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman seakan ‘memberontak’ apabila sering mempersoalkan kebebasan hak asasi manusia.

Sajat dilihat tidak berpuas hati mengenai kritikan diterima olehnya berhubung tindakan memakai pakaian menyerupai wanita. Sajat turut mempersoalkan jika mana-mana surah Al-Quran mengatakan baju kurung hanya boleh dipakai untuk wanita.

“Buat kebaikan pada agama, terus kata kita salah pakai perempuan. Ada ke mana-mana surah al- Quran mengatakan baju kurung ini milik wanita??

“Saya pakai tutup aurat.. cuba bagi tahu mana surah mengatakan yang baju kurung itu milik wanita,” katanya.

Tidak hanya berhenti setakat itu, Sajat turut meminta pihak berwajib untuk memberi ulasan yang lebih lanjut mengenai perkara itu kerana baginya tiada tertilis dalam Al-Quran bahawa baju kurung hanya untuk wanita.

Dalam pada itu, Sajat sempat menyebut beberapa kes termasuk isu semasa yang disifatkan lebih keji daripada apa yang dilakukan oleh dirinya.

“Korang tu pi masukkan daging lembu tanpa tahu status halal atau haram mcm mana? Berzaman-zaman kami makan benda tak tahu statusnya!! Sebab apa? Korang fikir sendiri! Korang jangan judge orang, korang yang berserban pun kuat meliwat orang kat madrasah…tu lagi HARAM,” katanya.

Terdahulu, Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 6 Januari lalu, atas pertuduhan berpakaian seperti wanita.

Sebelum ini tular di media sosial, rakaman video memaparkan Nur Sajat menangis teresak-esak dalam keadaan bergari.-RTKY

Komen & Pendapat

Comments are closed.