Membawang Hari Ini

Agama MELAYU, agama baharu yang memesongkan – Nasrudin Hassan

USTAZ Nasrudin Hassan selaku Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia sememangnya layak menegur dan membetulkan akidah umat Islam yang akan terpesong sekiranya ada dalam kalangan kita yang merasakan ilmu agama penuh di dada.

Sedangkan pada hakikatnya, jika seseorang itu mahu berlagak sebagai seorang ‘USTAZAH’ hanya semata-mata dia bertudung, apakah ilmu agama yang ada di dalam dadanya itu setaraf dengan seorang ustazah?

Catatan Ustaz Nasrudin di laman sosial Facebook menggunakan akaun miliknya amat menarik kerana beliau membicarakan soal tugas pendakwah yang semakin mencabar.

Cabaran itu termasuklah daripada mereka yang merasakan diri itu seorang ‘USTAZ’ yang lahir daripada program realiti televisyen yang berkonsepkan keagamaan. Umpama seorang penyanyi melahirkan sebuah album yang berkonsepkan pelbagai genre.

Menurut catatan Nasrudin, makin mencabar tugas dakwah kita semua pada zaman mutaakhir ini. Sehari dua ini kecoh pula dengan lahirnya agama baru yang dikenali sebagai Agama Melayu.

Menurut catatan Nasrudin lagi, Agama Melayu itu menggunakan lafaz syahadah yang pelik (seperti yang saya dengar lafaznya iLa Ha iLa Ra iLa Ma) dan disambung dengan pengakuan AKU MELAYU sebanyak 7 kali.

“Menolak ajaran Islam yang dianggap sebagai Islam Arab. Kononnya mereka membawa Islam Melayu.

Insya-Allah dari sudut penguatkuasaan, pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan merencana tindakan berhikmah.

“Bagi agensi dakwah seperti YADIM pula senantiasa siap untuk memberi kefahaman dan pemurnian aqidah serta fikrah,” catat beliau.

Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan ajaran Islam MELAYU yang dibawa oleh individu yang dikenali sebagai Ibu Yati ini.

Catat Nasrudin lagi, jelas ianya adalah ajaran yang sesat lagi menyesat.

Saya sendiri pernah mengenali beliau (Ibu Yati) sepintas lalu lewat 20 tahun yang lalu semasa beliau masih belajar, catat Nasrudin dengan terang lagi bersuluh.

Ibu Yati ini sedikit latar yang boleh dikongsi di sini ialah bekas pelajar dari sebuah institusi pengajian awam tempatan.

Dia pernah bertugas sebagai pemberita di bawah sebuah organisasi suratkhabar sekitar tahun 2004. Dia juga pernah ‘bermain-main’ di Johor dan mempunyai hubungan yang baik dengan seorang pensyarah di sebuah universiti di Johor pada tahun 2005/2006.

Menggelar dirinya sendiri dengan panggilan IBU YATI, dia menggunakan platform media sosial untuk berkomunikasi dengan khalayak.

Jika hari ini dia melahirkan sebuah agama baharu, adalah elok lagi wajar mendapat teguran daripada pihak majlis-majlis agama dan ustaz yang bertauliah serta ustazah yang bertauliah dalam erti kata sebenar! – SM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");