Berita Hari Ini

Ahli Parlimen Machang Letak Jawatan Pengerusi MPOB

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa 6 Januari ini.

Bernama melaporkan Ahmad Jazlan dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini.

“Penghargaan setinggi terima kasih saya ucapkan kepada menteri di atas kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya berkhidmat sebagai Pengerusi MPOB.

“Saya juga menghargai segala kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli Lembaga, Pengurusan dan seluruh warga MPOB sepanjang perkhidmatan saya bersama agensi ini,” katanya.

Beliau juga berharap MPOB akan terus maju dan berdaya saing dalam membantu rakyat yang terlibat dengan komoditi sawit termasuk pemegang kepentingannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");