Berita Hari Ini

Ahmad Said, isteri pulih Covid-19

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Said disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan dibenarkan pulang 6.30 petang tadi.

Turut dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) adalah isteri beliau Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

Bekas Menteri Besar Terengganu ketika dihubungi Bernama, menzahirkan rasa syukur kerana keadaan kesihatannya bertambah baik setelah kehilangan deria bau dan rasa baru-baru ini.

“Terima kasih kepada semua petugas kesihatan di HSNZ yang telah memberi rawatan terbaik kepada saya dan keluarga. Begitu juga kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga, terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal disahkan positif wabak itu pada 19 Jan lepas setelah membuat ujian calitan berikutan berasa kurang sihat ketika berkebun beberapa hari sebelum itu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");