Perak Hari Ini
Like

Banjir di Perak pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup

January 11, 2021
430 Views
0 Comments
45 seconds read
Banjir di Perak pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup

IPOH – Banjir yang melanda Perak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan dalam daerah Hilir Perak ditutup 9 pagi ini.

Pengerusi Bencana Daerah Hilir Perak, Mohd Hizaz Mohd Ibrahim berkata semua 44 mangsa di PPS berkenaan yang dibuka sejak 4 Jan lepas, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan di kawasan terjejas beransur pulih.

“Terima kasih kepada agensi kerajaan, tok penghulu, individu, NGO dan semua pihak yang bertungkus lumus membantu serta menyelaras selia PPS dengan terbaik sepanjang beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Komen & Pendapat

Comments are closed.