Perak Hari Ini
Like

Bayaran Semula PTPTN Ditangguh 3 Bulan Lagi

January 1, 2021
107 Views
0 Comments
54 seconds read
Bayaran Semula PTPTN Ditangguh 3 Bulan Lagi

KUALA LUMPUR: Kerajaan melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

Katanya, peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari hingga 31 Mac ini.

“Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula daripada bulan permohonan perlanjutan diluluskan.

“Butiran berkenaan pelaksanaan perlanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN.

“Diharap pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung peminjam PTPTN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Komen & Pendapat

Comments are closed.