Berita Hari Ini
Like

COVID-19: 14 Kluster Akibat Rentas Sempadan, Aktiviti Sosial

January 4, 2021
123 Views
0 Comments
1 minute read
COVID-19: 14 Kluster Akibat Rentas Sempadan, Aktiviti Sosial

PUTRAJAYA: Perjalanan rentas sempadan daerah dan negeri serta terbabit dengan aktiviti sosial dilihat menyumbang kepada sekurang-kurangnya 14 kluster jangkitan COVID-19 sejak 7 Disember lalu hingga kini.

BH Online melaporkan lima daripada kluster jangkitan COVID-19 itu membabitkan aktiviti rentas sempadan daerah dan negeri manakala sembilan lagi susulan aktiviti sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tiga daripada kluster membabitkan aktiviti rentas sempadan dikesan di Pahang iaitu Kluster Intan, Kluster Semambu dan Kluster Tembok Mempaga, satu di Kelantan iaitu Kluster Seragam Chepa dan satu lagi di Perak membabitkan Kluster Ehsan Ibol.

“Kluster membabitkan aktiviti sosial ada sembilan dilaporkan iaitu Gerbang Pongsu di Perak; Lintas Seraya di Sabah; Sungai Redan di Johor; Maringkan di Sabah; Cassia Diamond di Pulau Pinang dan Selangor; Paginatan di Sabah; Sungai Burong di Selangor dan Negeri Sembilan; Kupi-Kupi di Sabah dan Bandar Impian di membabitkan jangkitan di Johor, Kelantan serta Perak,” katanya pada sidang media hari ini.

Komen & Pendapat

Comments are closed.