Berita Hari Ini
Like

Covid-19: Tujuh Kluster Baharu Dikesan, Salah Satu Di Perak

January 14, 2021
753 Views
0 Comments
2 minutes read
Covid-19: Tujuh Kluster Baharu Dikesan, Salah Satu Di Perak

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh lagi kluster baharu Covid-19 di Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.

Harian Metro melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster terbabit adalah Kluster Jalan Selayang, Kluster Tropika, Kluster Pasir Barat, Kluster Tapak Bina Dutamas, Kluster Jalan Pahang, Jalan Rantau-Siliau dan Kluster Intan Mas.

Menurutnya, Kluster Jalan Selayang membabitkan daerah Gombak di Selangor di mana kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 13 Januari lalu hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya di Jalan Selayang Baru dengan 84 kes positif Covid-19.

“Kluster Tropika pula membabitkan daerah Johor Bahru di Johor di mana kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 9 Januari 2021 hasil saringan tahanan dan kontak rapat di sebuah pusat tahanan dengan 55 kes dikesan setakat ini.

“Kluster Pasir Barat juga membabitkan tempat kerja ini di daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor di mana kes-kes bagi kluster inidilaporkan positif Covid-19 bermula pada 21 Disember 2020 hasil saringan bersasar yang dijalankan secara berperingkat di sebuah tapak projek di Pasir Gudang dengan 92 kes dikesan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Tapak Bina Dutamas juga membabitkan kluster tempat kerja di daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana duakes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-139,748 dan kes ke-139,749) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dengan 18 kes dikesan setakat ini.

“Kluster Jalan Pahang pula membabitkan daerah Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130,168) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dengan enam kes dikesan setakat ini.

“Kluster Jalan Rantau-Siliau juga membabitkan tempat kerja di daerah Port Dickson di Negeri Sembilan di mana kes-kes bagi kluster inidilaporkan positif Covid-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang dengan 96 kes dikesan,” katanya.

Beliau berkata, Klusrer Intan Mas pula daerah Hilir Perak di Perak di mana kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130,767) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dengan 15 kes dikesan setakat ini.

Komen & Pendapat

Comments are closed.