Membawang Hari Ini

Emma Maembong, suami positif COVID-19

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif COVID-19.

Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 29, menghebahkan perkara itu melalui video yang dimuat naik di Instagram (IG), beberapa jam lalu.

Muhammad Shazli turut memaklumkan dirinya positif COVID-19 melalui IG.

Bagaimanapun, anak pasangan ini, Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan, tidak dijangkiti virus berkenaan.

Video berdurasi 41 saat dikongsi Emma menunjukkan pelakon drama Bicara Cinta itu melakukan ujian calitan di kediamannya.

Dalam entri itu, Emma berkongsi:

“Buat ujian calitan di rumah bersama @kumpulan_megaklinik_zahran. Bagus dan sangat profesional.

“Mereka boleh datang ke rumah dan melakukan ujian itu. Terima kasih juga kerana menyalurkan maklumat yang kami perlukan.

“Saya tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi keputusan ujian adalah positif.

“Walaupun rasa sihat, saya sarankan buat pemeriksaan kerana kita tidak tahu apakah dijangkiti atau tidak.

“Jaga diri dan patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Sementara itu, Muhammad Shazli yang juga juruterbang, bersyukur kesihatannya semakin pulih.

“Hasil ujian menunjukkan saya positif. Bagaimanapun, Alhamdulillah, keadaan bertambah baik. Jaga keselamatan dan patuhi SOP,” pesannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");