Berita Hari Ini
Like

Helikopter terhempas ketika cuba lakukan latihan ‘hoovering’ – polis

January 1, 2021
5 Views
0 Comments
1 minute read
Helikopter terhempas ketika cuba lakukan latihan ‘hoovering’ – polis

PELABUHAN KLANG, 1 Jan — Helikopter ringan yang terhempas ketika cuba melakukan pendaratan di sebuah kawasan lapang berhampiran Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah pagi tadi dipercayai sedang membuat latihan penerbangan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata juruterbang helikopter berkenaan hilang kawalan ketika cuba membuat latihan ‘hoovering’ di sebuah kawasan lapang berhampiran dengan PKFZ dan terhempas pada ketinggian kira-kira empat meter.

“Susulan itu, helikopter berkenaan telah terbalik dan bahagian ekornya telah tercabut dan tercampak kira-kira 20 meter daripada badan helikopter berkenaan.

“Mangsa, juruterbang dan penumpang masing-masing berusia 73 dan 53 hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Amar berkata siasatan menyeluruh mengenai kejadian berkenaan akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.

Terdahulu pada kira-kira 10 pagi tadi, sebuah helikopter ringan dilapor terhempas di sebuah kawasan lapang berhampiran PKFZ.

— BERNAMA

Comments are closed.