Berita Hari Ini

Jelaskan apa langkah penstrukturan semula Tabung Haji

Saya terpanggil untuk mengulas isu berkenaan Tabung Haji memandangkan YB Senator Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri baru-baru ini menaikkan satu posting di laman sosial beliau tentang perbincangan hala tuju Tabung Haji bersama dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz.

Menurut kenyataan media semalam, perbincangan tersebut adalah berkaitan pelaksanaan operasi baru Tabung Haji (TH), semakan semula ketetapan jaminan kerajaan dan Pindaan Akta 535 iaitu Akta Tabung Haji 1995.

Beberapa hari lepas, Ketua Pemuda Umno Malaysia menyuarakan kegusaran tentang posting yang dimuatnaik oleh Menteri Agama tersebut memandangkan Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995 memperuntukkan setiap sen wang yang didepositkan oleh para pendeposit dalam Tabung Haji akan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

Hal ini bermakna jika Tabung Haji mengalami kerugian atau muflis sekalipun maka pihak kerajaan akan membayar balik setiap wang pendeposit.

Namun begitu, Dr Dzulkifli Mohamad seolah-olah cuba lari daripada kenyataan yang dimuatnaik oleh beliau sendiri apabila bertindak menyunting kenyataan di laman sosialnya sendiri.

Tindakan ini menimbulkan tanda tanya di kalangan warga net adakah perbincangan semalam mengesahkan ada cubaan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995.

Saya meminta penjelasan daripada Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad apakah langkah yang dibincangkan bagi mengembalikan Tabung Haji ke landasan yang betul.

Jika benar perbincangan baru-baru ini hanya tentang isu-isu penstrukturan semula, maka Dr Zulkifli harus berlaku jujur pada rakyat dan menerangkan kepada rakyat Malaysia apakah langkah yang bakal diambil oleh kerajaan untuk membawa manfaat bagi para pendeposit Tabung Haji.

Rakyat Malaysia berhak mengetahui apakah langkah kerajaan dalam isu penstrukturan semula Tabung Haji ini.


Penulis adalah Ketua Cabang PKR, Kemaman

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");