Panasnya Hari Ini

Kalau Nak Pecat Kerana ‘No DAP, No Anwar’ Silakan – Annuar

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menegaskan, beliau akan tetap mempertahankan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menolak DAP dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Memetik laporan Bernama, katanya beliau tetap mahukan UMNO menjadi sebuah parti yang memimpin muafakat parti Melayu dan Islam, serta menolak perpecahan ummah.

Berikutan itu, katanya beliau sedia dipecat daripada parti sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dengan ketetapan itu.

“Saya tetap pertahan keputusan MKT, ‘NO DAP, NO ANWAR’. Kalau nak pecat kerana itu silakan, nak pertahan mereka yang bawa parti sokong DAP dan Anwar, silakan,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya semalam.

Baru-baru ini, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Puteh mengusulkan supaya Annuar dipecat daripada UMNO, selepas didakwa tidak menghormati presiden parti serta mendahului keputusan parti.

Usul itu dicadangkan oleh Ketua Pemuda UMNO Pasir Puteh Muhammad Saifullah Ali pada mesyuarat perwakilan pergerakan berkenaan, pada Sabtu.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, sepanjang penglibatannya dalam UMNO sejak 40 tahun lepas dan setiap tahun beliau menghadiri Mesyuarat Perwakilan Bahagian, parti itu secara kelazimannya akan berbincang soal Melayu dan Islam, serta usul rakyat.

“Tapi tahun ini itu semua tidak kedengaran. Yang kita dengar ialah seruan penolakan dan perpecahan sesama Melayu dan serang menyerang sesama sendiri. DAP dah boleh senyum,” katanya.

Beliau turut mendakwa satu demi satu bahagian dan parlimen yang dahulunya kubu UMNO di Kelantan, telah bertukar menjadi kubu parti lawan dan berharap perkara itu tidak berlaku di peringkat nasional.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");