Berita Hari Ini

Klinik, hospital swasta akan dikompaun jika lewat serah laporan kes positif Covid-19, kata MB Selangor

Peningkatan mendadak kes Covid-19 di Selangor yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) semalam adalah disebabkan beberapa faktor, termasuk klinik atau hospital swasta tidak melaporkan keputusan saringan kes positif secara terus pada hari yang sama,” kata Menteri Besar Amirudin Shari.

Beliau turut memberi amaran akan mengenakan kompaun terhadap klinik atau hospital swasta yang lewat dan tidak melaporkan kes positif secara terus pada hari sama keputusan saringan diperolehi.

“Taklimat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menjelaskan peningkatan kes ini disumbang oleh beberapa faktor utama.

“Antaranya ialah kes kumulatif (backlog cases) daripada saringan pekerja kilang, saringan di penjara serta saringan di klinik dan hospital swasta tidak dilaporkan secara terus ataupun ‘real time’.

“‘Backlog’ ini boleh dikesan daripada kes yang berlaku 10 hari yang lalu.

“Bagi mengatasi masalah ini pihak JKNS akan mengenakan kompaun terhadap klinik atau hospital swasta yang tidak melaporkan kes positif secara terus pada hari yang sama melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA),” katanya dalam kenyataan.

Amirudin juga berkata, JKNS mengenal pasti kilang di seluruh Selangor sebagai kawasan utama perebakan wabak.

“Oleh itu kerajaan negeri akan melaksanakan program ‘Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS).

POIS adalah program saringan di semua kilang dan tempat kerja yang berpotensi mencetuskan kluster dan perebakan.

Ini bagi memutuskan rantaian serta mengelakkan kluster di tempat kerja.

POIS akan dilaksanakan dengan kerjasama JKNS, Selgate Corporation Sdn Bhd, semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Federation of Malaysian Manufacturers (FMM).

“Bagi mengelakkan tercetusnya kluster baharu di kilang dan tempat kerja, Selangor akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan agar mengambil tindakan tegas dan menutup kilang yang menyembunyikan kes positif dalam kalangan pekerja serta tidak memberikan kerjasama dalam aktiviti pengesanan kontak rapat,”katanya.

KKM semalam melaporkan 5,725 kes baharu Covid-19 dengan 16 kematian dalam tempoh 24 jam.

Daripada jumlah itu Selangor terus merekodkan angka positif tertinggi dengan 3,126 kes, diikuti Kuala Lumpur (687), Johor (684) dan lain-lain negeri.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");