Berita Hari Ini

Majoriti Ahli Parlimen UMNO tak setuju persidangan semasa darurat

Hanya sebahagian kecil Ahli Parlimen UMNO daripada ‘kluster mahkamah’ dilaporkan menyokong persidangan Parlimen untuk membincangkan isu darurat.

Sinchew Daily melaporkan, daripada 38 wakil rakyat UMNO yang ada, hanya terdapat kira-kira tujuh orang dikatakan menyokong persidangan Parlimen diadakan.

Mereka dilaporkan termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk) dan Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian).

Selain itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub telah menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula tidak pernah menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin memberitahu Sinchew Daily, beliau secara peribadinya tidak menyokong persidangan Parlimen diadakan.

Beliau berkata, hampir semua Ahli Parlimen UMNO juga tidak bersetuju dengan perkara itu.

“Sebagai parti Melayu, UMNO selama ini menghormati pemerintah Melayu dan kami tidak boleh melanggar perintah Yang dI-Pertuan Agong.

“Selain itu, jika kami menyokong persidangan Parlimen, ia bermakna kami juga melanggar kenyataan Presiden UMNO yang menyokong darurat,” katanya.

Menurut Hasan, mengikut Perlembagaan, Parlimen tidak boleh diadakan semasa darurat.

Jelasnya, persidangan Parlimen semasa darurat juga akan membawa kepada “persaingan” antara Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya mengenai keadaan di luar negara di mana Parlimen tetap bersidang walaupun darurat diisytiharkan, Hasan berkata, Perlembagaan Malaysian berlainan dengan perlembagaan negara lain.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, UMNO perlu bermesyuarat untuk membincangkan perkara yang berbangkit.

“Kami belum bermesyuarat, tetapi akan berbuat demikian pada bila-bila masa,” katanya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");