Panasnya Hari Ini
Like

Melayu tidak daftar mengundi kerana dirasuk ‘syaitan’ warisan penjajah

January 27, 2021
267 Views
0 Comments
3 minutes read
Melayu tidak daftar mengundi kerana dirasuk ‘syaitan’ warisan penjajah

GOLONGAN Melayu beragama Islam yang tidak daftar mengundi didakwa berbuat demikian kerana telah dirasuk oleh ‘syaitan-syaitan’ warisan penjajah dahulu.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ketika ini kaum Melayu paling lemah untuk mendaftar sebagai pengundi sedangkan dalam masa sama masyarakat bukan Islam berusaha untuk mengambil-alih kuasa politik.

“Hari ini di negara kita, dapat menyaksikan bahawa kaum Melayu yang beragama Islam paling lemah mendaftar untuk menjadi pengundi kerana berjaya dirasuk oleh syaitan-syaitan warisan penjajah dahulu.

“Dalam keadaan bangsa lain yang bukan Islam pula saling berlumba dengan mengambil peluang untuk merampas kuasa politik,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan yang dikongsi di media sosialnya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, pengaruh bisikan syaitan penjajah masih menghantui umat Islam khususnya generasi muda yang sepatutnya mewarisi perjuangan untuk menegakkan Islam.

Kebencian segelintir umat Islam terhadap politik berlaku kerana terpengaruh dengan syaitan berwajahkan manusia termasuk umat Islam sendiri yang digerakkan oleh dalang-dalang.https://84d4cb0b.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Abdul Hadi berkata, umat Islam mengalami musibah dengan kehilangan kuasa politik sepenuhnya pada awal abad lalu setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyah disebabkan kelemahan dalaman umat Islam sendiri.

Satu demi satu wilayah Islam dijajah sehingga merebaknya kejahilan agama di tanah air umat Islam.

Namun begitu, umat Islam tidak pernah menyerah kalah sehingga keseluruhannya mencapai kemerdekaan walaupun hanya pada namanya sahaja.

Walau bagaimanapun, menurut Abdul Hadi kesan serangan pemikiran masih bertapak dalam diri apabila wujud pemikiran paling beracun yang berusaha untuk menghapuskan kefahaman politik yang menurutnya, wajib ditegakkan.

“Snouck Hurgronje, seorang tokoh orientalis yang berasal dari Belanda menegaskan bahawa tugas paling penting bagi menghadapi kebangkitan semula Islam ialah menghalang para ulama’ yang terus membawa ajaran menegakkan kembali Khilafah (politik).

“Langkah ini ternyata apabila para ulama’ yang paling awal menentang campur tangan penjajah dan mengajar ajaran politik Islam, disingkirkan secara keras dan halus.

“Malahan ada dalam kalangan mereka yang dibunuh, dipenjara dan dibuang keluar dari tanah airnya. Bahkan ada yang dihapuskan daripada catatan sejarah,” kata Abdul Hadi.

Seterusnya penjajah menyebarkan langkah ‘tasykik’ iaitu menyebarkan rasa waswas teradap ajaran Islam khususnya kefahaman politik dengan menyamakan politik Islam dengan yang lain.

“Mereka meletakkan Islam dalam satu bakul bersama jenama lain dan beranggapan bahawa politik itu semuanya kotor, menipu dan berpolitikus (seperti tikus) yang merosakkan.

“Tindakan itu penting bagi menyenangkan mereka untuk berpolitik tanpa tentangan daripada umat Islam,” katanya.-SM

Komen & Pendapat

Comments are closed.