Berita Hari Ini

Nazri Aziz dijangkiti Covid-19 jalani kuarantin di Kelantan

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sah dijangkiti wabak Covid-19.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno berkenaan kini dikuarantin di Hospital Raja Perempuan Zainab di Kota Bahru sejak petang semalam.

Beliau memberitahu membuat ujian saringan Covid-19 selepas menjadi kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 menerusi sidang media yang dilakukannya beberapa hari lalu.

“Zaharin (Mohd Yasin), masukkan dalam blog dan kata dia positif Covid-19 dan lepas saya baca blog itu.

“Saya pun buatlah ujian dan sah saya Covid-19 positif semalam,” lapor Malaysiakini.

Nazri turut mengesahkan dirinya stabil tidak ada sebarang masalah dan seronok berada di hospital itu.

Turut hadir dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di ibu negara pada 12 Januari lalu ialah Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Datuk Zaharin Yasin.

Zaharin yang juga pengulas politik dikenali sebagai Sang Kelembai mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 pada 16 Januari lalu dan kini menjalani kuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Antara ahli politik yang sebelum ini sah dijangkiti Covid-19 ialah Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali dan Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah.

Turut disahkan positif Covid-19 pada 13 Januari ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dan menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Aminolhuda Hassan disahkan positif Covid-19 pada 12 Januari lalu.

Pada 11 Januari lepas pula, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusoff sah dijangkiti pandemik.

Selain itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang, Mohd Asmawi Fikri Ab Ghani dan Timbalan Ketua Wanita Umno Bahagian, Ruhaida Abdul Hamid juga positif Covid-19.

Susulan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Razlan Rafii serta Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan juga disahkan positif Covid-19.

Turut positif Covid-19 sejurus kembali dari Sabah ialah ADUN Maharani dari AMANAH, Nor Hayati Bachok positif Covid-19 selepas dimaklumkan dijangkiti wabak itu pada 5 Oktober tahun lalu.

ADUN Ayer Limau dari Umno, Datuk Amiruddin Yusof juga disahkan positif Covid-19 selepas tamat tempoh kuarantin tiga hari pulang dari Sabah pada 26 September tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");