Panasnya Hari Ini

Pemimpin desak Zahid letak jawatan, tidak layak memimpin UMNO

PEMIMPIN akar umbi UMNO yang mendesak presiden parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan dianggap tidak layak untuk menjadi pemimpin masa depan UMNO.

Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Baru Sungai Jempul,
Maran, Pahang Rosni Zahari berkata, pemimpin terbabit tidak memahami Perlembagaan UMNO.

“Sekarang ini ada dua ketua pemuda bahagian dan satu ketua bahagian yang mendesak presiden UMNO untuk meletakkan jawatan.

“Pada hemah saya kedua-dua ketua pemuda ini tidak layak menjadi pemimpin masa hadapan kerana mereka tidak mamahami kehendak peruntukan Perlembagaan UMNO.

“Begitu juga dengan sahabat saudara saya ketua bahagian juga mungkin perahunya dah dimasuki air dan hampir karam dapat tempat bergayut maka lupa segalanya walaupun beliau orang lama yang cukup berpengalaman,” kata Rosni.

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Pontian, Helmi Buang; Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman mendesak Ahmad Zahid melepaskan jawatan Presiden UMNO.

Menurut mereka, lemahnya ketegasan dalam tindakan serta arah tuju parti yang tidak jelas meluntur daya juang dan kesungguhan ahli Umno.

Sementara itu Rosni menegaskan, Perlembagaan UMNO memperuntukan dengan jelas fungsi, tugas, tanggungjawab dan tempoh khidmat seorang presiden.

Menurut beliau presiden yang ada dan dilantik selepas menang bertanding perlu dihormati dan diiktiraf sehingga pemilihan parti akan datang.

“Presiden UMNO masa kini Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah presiden yang dipilih oleh perwakilan daripada 191 bahagian yang bersidang pada tahun 2018 setelah bertembung dengan dua calon lain.

“Dikala sukar ini marilah kita semua membantu presiden dengan kudrat yang ada untuk mempastikan UMNO bangkit menjadi gagah perkasa seperti sedia kala.

“Presiden pastinya memerlukan orang orang macam kita, yang kekal setia kepada perjuangan UMNO umpama sebatang lidi hanya mampu mencucuk satay tapi kalau lidi-lidi ini diikat kuat ia mampu membersih satu halaman rumah,” kata Rosni.

Malah menurut Rosni, Ahmad Zahid merupakan satu-satunya presiden UMNO tanpa jawatan perdana menteri.

Beliau juga merupakan satu-satunya presiden UMNO yang menjaga parti ketika akaun bank parti dibekukan.-SM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");