Berita Hari Ini

Penghantar Makanan Maut, Terlanggar Lubang Jalan

PETALING JAYA: Selepas seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas melanggar lubang di Jalan Tengah menghala Mid Valley semalam, hari ini seorang penghantar makanan pula kehilangan nyawa membabitkan kejadian sama.

Utusan Online melaporkan dalam kejadian pukul 1.15 petang di persimpangan Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, lelaki yang menunggang motosikal Yamaha LC135 itu disahkan maut di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian membabitkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang beralamat di Kampung Chempaka, Petaling Jaya.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan melalui Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara menghampiri lampu isyarat simpang tiga.

“Mangsa yang melalui tempat kejadian telah terlanggar lubang di bahu jalan sebelum hilang kawalan dan terbabas di lorong kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nik Ezanee, proses bedah siasat akan dijalankan selepas mendapat keputusan Covid-19 di Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, seorang warga emas berusia 75 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke pusat beli-belah Mid Valley pada pukul 7.30 pagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");