Berita Hari Ini

Pertimbang semula moratorium elak rakyat terus terjejas

Kerajaan didesak untuk mengadakan semula moratorium tanpa syarat kepada rakyat selepas pengisytiharaan PKP dan Proklamasi Darurat dikuatkuasakan.

ADUN Kota Iskandar, Sr Dzulkefly Ahmad berkata, penguatkuasaan SOP PKP yang diadakan kerajaan ini banyak menyekat ruang ekonomi rakyat.

Jelasnya, kebanyakan rakyat terjejas teruk akibat pelaksanaan PKP dan ia dilihat sebagai tempoh yang sesuai untuk mengadakan moratorium tanpa syarat semula kepada rakyat.

“Kesan negatif kepada sektor ekonomi jelas dapat dilihat apatah lagi mereka yang berniaga secara kecil-kecilan.

“Waktu perniagaan, tahap perkerjaan, urusan harian dan sebagainya banyak menjejaskan ekonomi rakyat. Sudah tiba masanya kerajaan perlu memberikan semula moratorium secara menyeluruh.

“Dalam laporan yang saya terima terdapat keadaan pekerja yang terpaksa dipotong gaji kerana majikan perlu mengurangkan pekerja di tempat berkerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor itu berkata, sekiranya mereka terbabit diminta untuk tidak hadir ke tempat kerja akan dikira sebagai ‘unpaid leave’ bermakna tidak bergaji.

“Bayangkan sekiranya mereka hanya dikehendaki hadir ke tempat kerja sebanyak 15 hari sebulan, ini bermakna gaji yang diperolehi mereka hanya separuh bulan,” katanya.

Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menegaskan agar kebajikan kepada rakyat bagi meringankan bebanan hidup perlu diambil berat.

Tambahnya, kerajaan perlu membuat tinjauan lapangan untuk mengenal pasti keadaan rakyat yang terjejas dengan pelaksanaan PKP.

“Kerajaan jangan hanya memandang pembangunan ekonomi negara sahaja, ekonomi rakyat juga perlu dititik beratkan.

“Kita boleh lihat di lapangan bagaimana rakyat hari ini ‘struggle’ dalam mengendalikan hidup mereka. Justeru, apa-apa sahaja perlaksanaan dari kerajaan perlu dilihat dari pelbagai sudut.

“Dalam pertimbangan ini kerajaan seharusnya memberikan semula moratorium tanpa syarat bagi meringankan bebanan rakyat sekaligus dapat memberi mereka peluang untuk mengimbangi ekonomi mereka terlebih dahulu,” ujarnya.

Dzulkefly menegaskan golongan pekerja dalam sektor ekonomi tidak rasmi yang memperolehi pendapatan secara harian seperti peniaga gerai ditepi jalan, peniaga pasar pagi, pasar tani dan pasar malam adalah golongan sasaran yang sangat memerlukan moratorium tanpa syarat ini.

“Kita bimbang jika perkara ini tidak dipertimbangkan maka kita akan melihat banyak kereta yang bakal ditarik balik oleh pihak bank. Banyak juga rumah yang akan dilelong oleh pihak bank dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");