Berita Hari Ini

Rintihan pekerja kilang dilanda Covid-19

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, sektor ekonomi terutama kilang-kilang masih dibenarkan beroperasi mengikut ketetapan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Bagaimanapun, kluster pekerja kilang diketahui antara yang tertinggi menyumbang kepada peningkatan kes dengan lebih enam kluster telah wujud di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan.

Namun tidak ramai yang sedar bagaimana penderitaan pekerja mereka yang terpaksa bekerja walaupun 50 rakan-rakan sekerja mereka sudah disahkan positif Covid-19.

Di Twitter, seorang pekerja kilang. Alif Sabri yang tinggal di Rawang meluahkan rasa kesal apabila syarikat tempatnya bekerja masih lagi beroperasi biarpun hampir 50 peratus kakitangan telah dijangkiti wabak berkenaan.

Pengguna akaun @alifkiwomya yang turut disahkan positif Covid-19, menganggap pihak atasan cuba mendiamkan diri berhubung kewujudan kes positif di kilang tersebut kerana mahu mengelakkan kerugian.

“Saya harap pihak kerajaan berbincang dengan pihak atasan kilang untuk berbuat sesuatu memandangkan ia semakin parah, sambil berfikir untuk mengurangkan kerugian yang ditangggung oleh mereka.

“Paling membimbangkan, kes ini banyak berlaku daripada kilang makanan dan pakaian PPE yang menjadi keperluan asas.

“Jadi buatlah sesuatu sebelum nasi menjadi bubur. Saya tag sekali lagi @AzminAli dan @MITIMalaysia,” ciapnya di Twitter.

Pengguna Twitter @daya_hashim pula mendakwa sememangnya wujud syarikat-syarikat kilang yang cuba menyembunyikan kes kerana bimbang diarah untuk menghentikan operasi kilang.

“Ye lah order (pesanan) masuk banyak berjuta, material (bahan) dah beli, production (pengeluaran) dah rancang. kena pula yang buat eksport. Container dah bawa masuk. Jadi, labour paling penting. Bos tak mati pun sini sebab mereka bukan datang pun,” tulisnya.

@idzwankdd8025 pula berkata, dia juga tidak mampu untuk melawan pengurusan kilang.

“Aku nak lawan dekat management (pengurusan) kilang aku pun tak mampu sebab FAQ MITI jelas tulis untuk pekerja sokongan dan production line (barisan pengeluaran), terpulang pada majikan masing masing,” luahnya.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");