Berita Hari Ini

Roy tersentuh ramai hulur sumbangan

 Penyanyi lagu Ratnaku, Roy tersentuh apabila ramai bermurah hati menghulurkan sumbangan kepadanya ketika dimasukkan ke Hospital Banting akibat sesak nafas, kelmarin.

“Tak sangka ramai yang sayangkan saya. Saya cukup tersentuh apabila ramai yang membantu dan memberikan pada saat saya diuji ini.

“Lebih bermakna, ada yang mendoakan kesihatan saya kembali pulih. Hanya Allah sahaja dapat membalas kebaikan kalian semua,” katanya kepada BH Online.

“Setakat ini, saya terus mendapat rawatan rapi di hospital termasuk diberikan antibiotik yang kuat untuk mematikan kuman. Saya masih sesak nafas, tetapi terkawal semula.

“Saya harap tak akan lama berada di hospital. Doakan saya segera sembuh.

“Saya belum pasti bila boleh keluar hospital kerana jangkitan kuman ini sukar dijangka. Saya masih menanti keputusan ujian saringan COVID-19 yang dibuat. Saya dimaklumkan keputusan agak lambat dapat kerana terlalu ramai yang masih menunggu. Staf makmal tak menang tangan,” katanya.

Kerana situasi pandemik COVID-19, katanya, pelawat juga tidak dibenarkan melawatnya di hospital.

“Umum tahu dengan situasi semasa, memang tak boleh ada pelawat. Nak tak nak saya kena reda. Jika ada pelawat, ada juga teman buat berbual.

“Keluarga sendiri pun tak boleh melawat. Saya hanya dijaga dan dipantau jururawat dan doktor.

“Ini juga pengalaman pertama saya berdepan dengan kesakitan. Saya reda,” katanya yang pernah menyertai program Gegar Vaganza musim keenam.

Ramai kenalan termasuk teman artis menyebarkan berita kesihatan Roy, selain turut berkongsi nombor akaun bank penyanyi itu jika ada yang mahu membantu meringankan bebannya, kelmarin.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");