Membawang Hari Ini

Suhaimi, Ina Naim tubuh kumpulan nasyid dengan anak-anak

Bekas anggota kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad, 41, memilih tampil menyanyi bersama isteri, Ina Naim dan anak-anaknya sebagai kumpulan baharu.

Kumpulan nasyid diberi nama Bismillah itu akan muncul dengan sebuah album dan kini masih lagi dalam proses pembikinan.

Suhaimi menerusi perkongsian di Instagram berkata, album berkenaan juga sudah boleh ditempah awal kerana terhad dan eksklusif.

“Bismillah. Kami sedang menyiapkan sebuah album gandingan suara Suhaimi Saad, Ina Naim dan anak-anak. Album kumpulan Bismillah ini akan diterbitkan pada awal Ramadan ini. Insya-Allah,” tulisnya.

Menurut Suhaimi, album yang mengandungi 10 lagu termasuk sebuah zikir itu akan dijual pada harga RM30 berserta caj penghantaran.

Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata aitu Ehmad Hadie Elfardie, 13; Sallman El-Khoyri, 11; Phyrosh Elfadwah, 9, dan Nurlayla Elghufrony, 7.

Difahamkan, Suhaimi dan keluarga kini menetap di Kelantan serta dia turut memerlukan bantuan isteri untuk melakukan urusan harian kerana mengalami masalah penglihatan yang teruk.

Tahun lalu, Suhaimi memaklumkan dia menghidap sakit mata kronik sejak 2019. Pasangan ini juga mendapat bantuan daripada wakil komuniti Kubang Kerian, Kelantan.-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");