Berita Hari Ini

Sukar bernafas dan batuk yang kering, Imam Masjid Negeri Selangor kena Covid-19

Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam, Abdul Karim Omar kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh apabila disahkan positif Covid-19.

Qari terkenal itu berkata, ahli keluarganya yang juga dijangkiti Covid-19 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Abdul Karim, 42, yang lahir di Makkah itu berkata beliau menjalani ujian saringan selepas seorang rakan yang ditemuinya sebelum ini disahkan positif jangkitan Covid-19.

Imam berkenaan memberitahu hal itu semalam dalam perkongsian menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama selebriti dan aktivis kemanusiaan, Nur Heliza Helmi dan adiknya Nur Hazwani Afiqah.

Abdul Karim berkata, antara gejala yang dialaminya sebelum disahkan positif Covid-19 ialah sukar bernafas selain batuk yang kering.

Justeru, beliau yang pernah menjadi imam terawih di sebuah masjid di Toif , Mekah sewaktu berusia 14 tahun menyeru umat Islam agar tidak mengambil mudah penularan Covid-19.

Menurutnya, umat Islam perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain mengingati Allah SWT dengan berzikir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mendoakan Abdul Karim segera sembuh dan sihat daripada Covid-19.

Dr Zulkifli yang sebelum ini juga dijangkiti Covid-19 dan dibenarkan keluar dari wad di sebuah hospital di Seremban pada 14 Oktober tahun lalu berkata demikian menerusi video yang dimuat naik menerusi Instagram beliau hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");